Breaking News
Loading...
Sunday, January 24, 2016

Info Post


Berpakaian sopan menutup aurat bukan penghalang Mas Nornabila Syafiqa Mohd Satar menghembuskan wap rokok elektrik yang terhasil daripada cecair yang mempunyai pelbagai perisa.

Gelagat Nornabila, 20, mudah mengundang sikap tidak senang masyarakat sekeliling yang rata-ratanya menganggap gadis menghisap vape, nama lain rokok elektrik, tidak sopan.

“Saya tidak kisah, sudah lali dengan cemuhan orang,” katanya dengan ketawa kecil ketika dihubungi ProjekMMO.

Bekerja dengan keluarga yang menjual vape, beliau tidak segan-segan memuatkan foto-fotonya menghisap rokok elektrik di laman-laman sosial Instagram dan Facebook miliknya.

Tetapi pengguna media sosial melihat sebaliknya. Nornabila memberitahu dirinya dikritik hebat di Internet, termasuk gangguan seksual, hanya kerana imejnya yang bertudung.


0 comments:

Post a Comment